Pages

Enjoy ur Delicious Food

Sunday, August 7, 2011

Fruit Cocktail Trifle Mudah

Fruit Cocktail Trifle 

Bahan-bahan :
1 tin fruit cocktail
1 paket agar-agar/jeli serbuk (nona)
kek gulung/swiss roll
3 sudu tepung custard
1 tin susu cair
1 tin air
1 senduk gula


Cara-cara:
1. Potong kek nipis dan lapiskan sepenuhnya dalam bekas pilihan (cantik kalau guna bekas transparent)
2. Curahkan air fruit cocktail ke atas kek supaya menyerap sepenuhnya, ini ialah untuk menghalang agar daripada masuk ke dalam kek nanti.
3. Sediakan agar-agar segera, boleh bancuh dengan air mendidih dan sejukkan sedikit sebelum mencurahkan ke atas lapisan kek tadi. Biarkan sejuk dan menjadi beku.
4. Setelah agar beku, taburkan atau lapiskan dengan buah fruit cocktail.
5. Untuk menyediakan lapisan akhir iaitu kastad, panaskan 3/4 susu di atas api yang perlahan, sementara yang selebihnya di bancuh dengan kastad dan gula. Setelah susu agak panas, masukkan bancuhan kastad dan kacau hingga sekali menggelegak sahaja. Tutup api dan terus kacau hingga kastad agak sejuk.
6. Lapiskan kastad di atas lapisan fruit cocktail tadi dan sejukkan dalam peti ais. 

7. Selamat mencuba

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...