Pages

Enjoy ur Delicious Food

Thursday, April 20, 2017

RESEPI KEK BATIK MUDAH

Sebab tengok kawan-kawan update kek batik. Sis pun teringin la pula nak buat juga but the result is tak sama dengan macam yang sis google. Kecewa betul haha

But then tadi sis ada tanya kengkawan di FB how nak buat kek batik yang ternyata menjadi and sedap. 

Alhamdulillah ada yang sudi share resepi. Jom kita try


250gm milo
50gm cocoa powder

250gm planta pelangi
Secubit garam
Cairkan planta letak susu kacau sebati letak milo koko tutup api letak garam. 

Susun ikot suke hati 

Selamat mencuba


Gambar dari my friend yang terer buat kek ---> Izzah

Friday, January 27, 2017

MINI BROWNIES OUR NEW SIGNITURE

Assalamualaikum.

Sempena Hari Jumaat yg mulia ini. Kami dari Alinac Kitchen launching our new signiture.
Today kami buka order untuk mini brownies.

Order untuk esok tau.

Brownies Almond Rm13
Brownies Strawberry/Kiwi Rm16


Order yee. Rasaikan kenikmatan brownies sebenar. Cair dalam mulut. Nyums!

016-6993614




Wednesday, October 12, 2016

FRESH BAKED CHEESECAKE WITH STRAWBERRY TOPPING

Assalamualaikum.

Jemput cuba our fresh FRESH BAKED CHEESECAKE WITH STRAWBERRY TOPPING. Sangat sedap tau! nyaman betul tekak ni bila disuap ke mulut.

Sebiji kek ni hanya Rm55.

Cepat-cepat order.. terus whatsapp ke 016-6933614


Friday, October 23, 2015

BIHUP SUP UTARA

BIHUN KUNING
-rendam kan bihun bersama-sama serbuk kunyit


Rebus daging dan ayam
-air rebusan jgn dibuang


Sup (sup kosong shj)


Tumis bawang putih, bwg besar & halia yg telah di blender
Setelah pecah minyak msukkan air rebusan daging & ayam td
Msukkan sup bunyut 
Masukkan perasa garam & ajinomoto
Biarkan smp mendidih
Siap!


Daging & ayam


Setelah direbus biarkan sejuk kemudian potong kecik2 utk di jadikan bahan dlm bihun sup. Berikut bahan2 utk dihidangkan
- Daun sup
- Daun bawang
- Bawang goreng
- Begedil
- Isi ayam dan daging


Sambal hitam


-Ambil segenggam cili api
-kicap
-sos tiram
Blenderkan bahan2 berikut & masakan pada api
Siap!


Sambal merah


-Blender kan bwg putih, bwg merah & cili kering
- tumiskan bhn2 blander
-msukkan gula merah
-tumis sehingga pekat

Begedil


-rebuskan kentang gorang
-Daging burger ramlee
-daun sup 
-isi daging & ayam
- telur


Campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali telur. 

Lenyek2 kan dan bulat serta bentukkan begedil.
Celurkan begedil pd telur
Dan gorengkan begedil 


Siap!



Thursday, June 25, 2015

SAMBAL SOTONG SEDAP


Bahan-bahan
Sotong
Cili kisar
Bawang Merah dikisar
Bawah Putih dikisar
Garam
Air
Minyak
Perasa
Gula merah

Cara-cara
Panaskan minyak
Tumis cili kisar, bawang putih dan bawang merah
Lepas tu masukkan sotong dan gaul
Masukkan air untuk kuih.. tak perlu banyak yer.
Masukkan gula merah satu sudu begitu
Masukkan garam dan perasa..

lepas tu uolz rasa la apa yang kurang.. takda kurang pape maka SIAP LAH :)

senang kan?


Friday, June 19, 2015

CARA MUDAH BUAT ROTI JALA



Bahan bahan:

3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 setengah cawan air (boleh juga dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan-bahan di atas menggunakan blander hingga sebati. Tapiskan. (make sure tiada yang berketul)
  2. Panaskan kuali. sapu sedikit minyak pada kuali.
  3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & tiraikan atau sila lah menjala ke dalam kuali hehe
  4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
  5. Hidangkan samada bersama kuah kari atau kuah kesukaan anda.

Thursday, April 16, 2015

RESEPI AYAM MASAK LEMON MUDAH


PENYEDIAAN AYAM GORENG

Bahan-Bahan:
1 kg daging ayam tanpa tulang. Pilih ayam bahagian dada dalam 4 ketul bersihkan dan potong dadu. Peramkan ketulan dadu ayam ini selama 30 minit dgn 2 sudu kicap perasa maggie, 1/4 sudu kecil lada putih dan dan sedikit garam.

Untuk salutan goreng ketulan ayam pula:  
2 biji telur, 2 sudu besar + 1 sudu kecil atau 35 gm Tepung Jagung, 1/2 tsp baking powder, secubit lada putih dan 1/2 sudu kecil garam. Pukul telur kembang masukkan tepung masukkan sedikit demi sedikit bersama dgn garam dan lada butih dan jadikan adunan (batter) untuk digoreng. 

Tentukan adunan disalut sempurna semasa gorengan ayam. Goreng ketulan ayam ini dengan minyak panas. Bila ketulan ini masak dengan bertukar warna keemasan. Keluarkan dari kuali dan letak dalam pinggan hidang untuk disalut.


PENYEDIAAN SOS LEMON:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 75gm gula.
  • 1 cawan (250 ml) stok ayam. Kalau tak ada stok ayam gunakan dalam 2 ketul pati ayam kiub..tapi jaga masin.
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung.
  • 2 sudu besar jus lemon.
  • 1/2 sudu kecil garam.
  • 3 hirisan lemon yg telah kupas kulitnya.
  • 2 sudu besar minyak.
  • sedikit perwarna kuning.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...