Pages

Enjoy ur Delicious Food

Tuesday, November 1, 2011

MALTESERS SQUARE

Bahan-bahan
100 gm butter
200 gm coklat masakan di potong kecil
3 sudu besar golden syrup - sila kurangkan - kalau tak ada boleh gantikan dgn madu
225 gm Digestive biskut - di kisar halus -(guna biskut marie
225 gm Maltersers

Untuk Hiasan
100 gm maltersers
50 gm coklat masakan putih/pink
50 gm coklat masakan


Cara penyediaan
Kisarkan biskut hingga halus.
Sediakan loyang berukuran 8 inc, gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.

Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut.
Matikan api
Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hinga rata.
Kemudian masukkan Maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair.
Untuk mengelakkan maltersers cepat cair. Maltersers tu masukkan dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan baru keluarkan dari peti ais dan terus masukkan. 
Tuangkan dalam loyang
taburkan atasnya dengan Maltersers hiasan dan simpan dalam peti ais hinga beku.

Bila dah beku, Keluarkan dari loyang hiaskan dengan coklat masakan yang telah di cairkan.
Potong kecil dan siap untuk di hidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...