Pages

Enjoy ur Delicious Food

Monday, July 15, 2013

RESEPI MUDAH | AYAM MASAK COKE

Bahan-bahan : -

  • 1 Ekor Ayam ( potong ikut kegemaran anda )
  • 1 Sudu Teh Garam Buluh (garam biasa pun boleh)
  • 2 Sudu Besar Minyak Masak
  • 6 Ulas Bawang Putih ( Dititik )
  • 1 Tin Coca-cola
  • 1 Sudu Teh Serbuk Pati Ayam
  • 2 Sudu Teh Gula
  • 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus 


Cara Penyediaannya : -
  • Perap ayam dengan garam.
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan masukkan ayam.Kacau selama 2 minit.
  • Masukkan coca-cola, serbuk pati ayam dan gula.
  • Biar mendidih hingga sos menjadi pekat.
  • Dah boleh dihidang panas bersama nasi.

Selamat mencuba :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...